Saturday, 4 August 2012

Sukarnya untuk meminta maaf




Bila ego melebihi dari rasa kehambaan..payahnya rasa nak luahkan ayat indah ini..'saya minta maaf'..walaupun hati memberontak untuk mengakhiri semua perselisihan ini..tapi kenapa ego juga yang dimenangkan.. ego yang hanya meretakkan hubungan kasih sayang..

Dengan amalan zikir ini insyaAllah ubat yang sangat mujarab untuk meleburkan ego.






Thursday, 2 August 2012

S.E.O

Search Engine Optimization (SEO) ..  ?? .. ??

Merujuk kepada pembinaan website baru homestaymalaysia.biz yang perlu fight dengan website-website lain kat enjin carian.. nak x nak memang kena buat juga benda alah ni..dengan berbekalkan ilmu SEO dari gambarajah ini, terus cuba try test and error..




(1) Initial Analysis                                                                                                              

Tengok apa yang engin carian perlukan. My focus on google sbb tiap-tiap hari pakai google je.

Ermm google dah x pakai meta keywords tag? sbb pesaing boleh curi idea kita tuh?.

Lebih elok:
Letak keywords pada tajuk website dan ulang keyword dalam isi kandungan.
Gunakan meta description tag berbanding meta keyword tag.


(2) Keyword Research and Analysis

Kajian keywords yang selalu digunakan oleh pengguna tiap kali buat carian kat google.


(3) Competitor Analysis

Kaji keywords yang digunakan oleh pesaing? Boleh guna free keyword research tool untuk nilai meta keywords pesaing kita dan gunakan maklumat tu untuk hapuskan pesaing itu!!. hahaha..Waahh dengar mcm jaat je..


(4) Sitemap + RSS feed inclusion

RSS untuk share info dengan pengunjung.Biar ada connection selalu dengan pengunjung, biar selalu ada trafik keluar masuk.

Tips for SEO

  • Use only unique content. It increases the rating of your feed in search engines.
  • After you create an RSS feed, do not forget to add a parser to it – it is a script that will convert RSS into HTML. You can use a free PHP script named Feed2Html.
  • The use of RSS content is an effective way to quickly increase the number of pages at your site. To insert data from an RSS feed into an HTML page, do the following:
  1. Add the line “AddHandler server-parsed .shtml .shtm .html .htm” to .htaccess
  2.  Insert the tag “<!--#include virtual="/yourscript.php"-->” into the HTML page, where yourscript.php is the script for converting RSS into HTML, for example that very Feed2Html.


(5) Search Engine + Directory Submission

Guna link ni untuk submit website ke google ye https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url

Directory Submission ni boleh bantu kita untuk buat back link, jika kita hantar website ke direktori yang mempunyai ranking yang tinggi dan ada reputasi yang baik, jadi secara tidak langsung website kita pun akan disenaraikan sebagai antara yang terbaik.

Antara directory yang best: The DMOZ Directory, The Yahoo directory, The Best of the Web Directory,  What U Seek directory.


(6) Social Book Marking

Social Book Marking ni adalah macam kita save website kegemaran kita sebagai koleksi untuk masa hadapan atau sebagai rujukan. Tapi kita tak save kat web browser kita je, kita save kat web. Dengan cara ni kita boleh share dengan kawan-kawan dan yang best kita juga boleh tahu apa website feveret kawan-kawan yang lain. Dari sini jugalah kita boleh cuba tarik traffic, share website kita dengan yang lain..

Antaranya: Digg, Delicious, StumbleUpon, Twitter.


(7) Blogs + Press Release Creation

Yang ini za biasa gunakan, kita comment pada blog orang sambil tu jangan lupa letak link ke website kita. Cara yang paling sopan adalah bila klik nama kita baru ke website berbanding letak secara terang-terangan link website kat ruangan komen tu.

Press Release ni pula adalah menggunakan pihak ketiga untuk tulis review atau memperkenalkan website kita pada orang lain.

Antaranya: press-release-creation


(8) Articles Submission

Antara banyak-banyak teknik, teknik ni dikatakan agak paling berjaya. Caranya adalah dengan menulis artikel berkenaan dengan tajuk website kita. Artikel yang menarik mampu untuk meningkatkan jumlah pengunjung untuk membacanya dan sekaligus meningkatkan trafik ke website kita.

5 jenis penulisan yang dicadangkan:
  • asli dan bermaklumat.
  • kaya dengan keyword.
  • panjang artikel antara 500 hingga 700.
  • tajuk yang unik dan jangan lupa letakkan keyword di tajuk juga.
  • Letakkan subheadings, bullets dan nombor agar nampak kemas dan mudah dibaca.


(9) Link Popularity

Link Popularity ni menunjukkan bilangan laman web yang ada link ke website kita. Jadi rajin-rajin la berkunjung ke website atau blog kawan-kawan dan jangan lupa tinggalkan jejak disana ya!


Nak tahu website kita ni popular ke x, boleh check gunakan tools kat sini:
seo tools


(10) SERP Report                                                                                                                 

Boleh gunakan SERP Report Tools untuk dapatkan maklumat tentang keywords yang kita gunakan dan juga membantu untuk mengetahui trend semasa.

Antaranya: http://www.searchenginereports.net/  ,  Traffic Travis , Rank Checker.





Tapi ye lah kan, benda-benda ni bukan boleh datang bila sekali buat je.. kena rajin wat selalu ni.. tengoklah nanti apa terjadi pada homestaymalaysia.biz..adakah ia akan berada gah di kemuncak google atau nak kena upah pada yang profesional juga? ..haha..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: semua kenyataan dalam post kali ini adalah berdasarkan dari pemahaman saya sendiri yang dikutip dari pembacaan. Jika ada yang kurang tepat harap boleh balas di ruangan komen. Harap Maklum.

Tuesday, 31 July 2012

Wanita wajib lemah lembut?

Benarkah lemah lembut itu sifat fitrah bagi seorang wanita? Bagaimana pula bagi mereka yang memiliki sifat yang agak kasar mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran mereka membesar? Perlukah golongan sebegini berusaha sehabis baik untuk menjadi lemah lembut seperti wanita-wanita lain? argghhh.. agak tertekan bila dipaksa untuk menjadi seperti orang lain.. Ini diri aku jadi belajar lah untuk menerima.. kenapa nak aku jadi mcam orang lain!! Perlu ke aku jadi seorang yang hipokrit?!!

YA.. Wanita perlu ada sifat lemah lembut!! Kuncinya satu..semuanya berbalik kepada hati.. jika dekat diri kita pada tuhan, sifat lemah lembut itu pasti akan muncul..biar hipokrit asal niat kita untuk cuba biasakannya..hanya berusaha dalami ilmu agama dan amalkan..walaupun rasa terpaksa..insyaAllah suatu hari nanti kau antara wanita yang lemah lembut.. bukan lemah lembut yang hanya ingin menggoda lelaki tetapi lemah lembut sebagai penyejuk mata suamimu..